Monday, July 2, 2012

subject semester 5


NO. 
COURSE CODE
  ( KOD KURSUS )
SUBJECT
  ( KURSUS )
CREDIT HOUR
( JAM KREDIT )
1
BTMM2103
  MULTIMEDIA TECHNOLOGY3
2
BMBG6103
  STRATEGIC MANAGEMENT3
3
BMBE5003
  ENTREPRENEURSHIP3
4
BMEG5103
  MALAYSIAN ECONOMY3
5
BMHC5003
  COMPENSATION & BENEFITS MANAGEMENT3
6
STPB1000
  SISTEM TARBIYAH PELAJAR0
Total 15



semester nie nmpk mcm relaks tp tak ok...
huhu..
semester nie banyak PROJECT like multimedia and entrepreneurship..=)
jd\adi peringatan untuk NAIEN, no ENJOY!!!

Masterchef Selebriti Malaysia: Siapa bakal Juara?

Naien memang peminat setia Masterchef tak kira la Masterchef USA ke,Australia ke, Junior Australia ke,
Selepas doktor gigi menang Masterchef 1,Astro sekali lagi membawakan Masterchef tapi untuk Selebriti.

MasterChef SELEBRITI Malaysia

Ketika artikel ini ditulis,peserta selebriti telah pun tinggal 6 orang selepas Tomok tersingkir minggu ini.
Kalau lihat peserta yang tinggal,memang nampak pertandingan memasak ni semakin sengit.
So,apa kata kita kelebihan para selebriti yang masih berada dalam MasterChef Selebriti.



Dato' Fazley memang suka memasak.Sebab tu, dia mempunyai pengetahuan yang agak banyak tentang memasak dan makanan. Tambahan pula,dia kan pakar motivasi jadi ilmunya itu boleh diguna pakai untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan peserta lain. hehe.. Jwapan Dato Fadzely di belakang tabir bila kena complaint dgn judge memang kelakar.Ada sekali chef Zubir kata - kacang ni pahit sikit, dato' jawab -saya rasa tak pahit pun.HAHA

Calon favourite yang dijangka dalam TOP 2:



Cikgu Vokal ini dikagumi oleh selebriti yang lain sebab pakar masakan.Apatah lagi,dia memang ada keluarkan buku masakan.Namun,kehebatan memasak setanding personalitinya yang"agak cerewet" di dapur.Dia sering mengundang rasa tak puas hati di kalangan selebriti yang lain. Pernah mencetuskan pertengkaran dengan Raja Azmi sebelum ini pada cabaran sajian luar. Bak kata Karl Juliza macam mak-mak- sering membebel dan ingin ideanya dituruti.



Awek Cun di dapur. Pemenang Miss World Malaysia yang juga peminat kek ini pun boleh tahan. Di Dapur Masterchef dia Pakar buat desert..Sebab tu kalau tgk setiap episode,dia pasti akan menjadi chef dessert.Ada potensi menang sebab juri selalu suka masakan dia.



Angah.Penghibur di dapur Masterchef..Masakan dia pun boleh tahan. Kelebihan dia di dapur Masterchef tak berapa nampak sangat tapi dia mampu membuat kejutan setiap kali di dapur.



Farouk..Tak tahula sejak bila "perang" bermula antara dia dan Azwan. Namun kalau digadingkan pasti ada drama antara mereka. Namun perang sering menyatukan mereka.Selalu dipilih dalam satu kumpulan yang sama.haha.Agak hebat jugak kalau memasak.



Tak suka betul Azwan dalam gambar ni :(.
Nasib baik di dapur masterchef dia dah potong rambut.Musuh ketat Farouk di dapur..Walaupun mulutnya bising,namun dia seorang yang dengar kata(bak kata Dato Fazley). Kelemahannya Azwan ialah suka buat hidangannya penuh pinggan yang tak berapa disukai juri. Yang peliknya, kalau dia salah buat ikut resipi sedap pulak dan dipuji oleh Juri. Azwan ni memang kecoh kalau kat dapur tetapi sentiasa menjaga kebersihan.

Nak tahu siapa menang Masterchef Selebriti? Saksikan di Astro Ria, Sabtu- Selasa 9 MALAM.

Sunday, April 15, 2012

Isu Serbuan Jais-Perkara Sebenar Yang Berlaku (Mashaallah)



Ini sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin.

Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;

Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham.

Apakah niat kita?

Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama.

Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.

Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku.

Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa.

Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik.

Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.

Mengapa kami percaya dengan cakap Jais?

Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik.

Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya.

Apa yang berlaku?

Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran.

Itu hak masing-masing.

Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang.

Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum.

Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.

Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam.

Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS.

Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.

Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada.

Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam.

12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.

Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian.

Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?


Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988)

Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka.

Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?

Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?

Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.

Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad,


Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?

Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.

Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah?

Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah.

Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC.

Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan.

Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan.

Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini.

Masjid dan surau pantaulah benda ini.

Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita.

Soalan media: Bila jumpa JAIS?

Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad…

Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke?

Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja.

Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga,… positif juga dengan Istana.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah

Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan.

JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988.

Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS

Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.

Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.

Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.

Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.

Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan.

Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza.

Kita rasa ini tidak beretika sama sekali.

Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.

Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.

Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya.

Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus.

Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini.

Motto ini ada dalam gereja.
Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak

Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan.

Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.

Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.

Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya.

(kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang.

Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik.

Penutup Dr Dzulkhaini Husain;

Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku?

Dipetik dari:-Agenda daily

Read more: http://www.nescafeais.com/isu-serbuan-jais-perkara-sebenar-yang-berlaku-mashaallah/#ixzz1sBMetkyu

Wednesday, March 14, 2012

JOM JADI GENG KAMI BLOGGER MALAYSIA



assalamualaikum semua..
ada satu blogsite yang mahu mengumpulkan semua blogger-blogger Malaysia..
nak tahu lebih lanjut tentang isu semasa ini, boleh lah CLICK HERE
so.. i'm blogger from SELANGOR..

5 orang kawan-kawan yang ditag adalah: 

killer paper

sangat-sangat kecewa, sedih, marah, geram, sakit hati, takut, menangis, meraung, gelisah, cuak, terkilan & lain2...
itu perasan naien bila naien melangkah jer keluar dari DPU(dewan peperiksaan utama) KUIS....
killer paper!!
paper financial management...
paper yang naien tak sangka akan jadi sesusah itu..
dah la tu paper terakhir naien.. siapa tak sedih bila apa yang kita BACA, BUAT LATIHAN, HAFAL tapi tak KELUAR dalam exam...
kecewa yang hanya ALLAH je yang tahu..
naien rasa harapan naien yang naien nampak cerah untuk dapat DL semester ni hancur musnah.. lebur macam tu je.. sepanjang naien d KUIS, naien tak pernah jawab exam & rasa sesusah ini.. naien kalau jawab, keluar je dewan, memang yakin A dalam tangan,.. tapi paper ni??
A memang tak nampak LANGSUNG..
B kabur-kabur jer..
C harapan naien..
D jalan terakhir
F minta DIJAUHKAN..
naien rasa kecewa sebab sepanjang naien gap paper 10 hari tu, naien terlalu banyak bagi tumpuan pada paper financial ni.. naien  tahu paper nie susah TAPI naien tak sangka, ia sesusah & seGILA nie..
naien memang tak study banyak untuk paper OCD yang pada sebelah paginya..
naien memang tumpu banyak masa & tenaga untuk paper FINANCIAL..
memang kecewa sangat-sangat.. naien buat latihan exam paper yang lepas tapi tak sesusah paper ni.. tu yang naien kecewa sangat...
kenapa ini yang terjadi???
sepanjang semester kat sini, naien TAK pernah lagi dapat selain A untuk paper PENGIRAAN.. sakitnya hati naien.. kecewa yang memang dah tak terkata..
naien cuma ada satu harapan & terlalu mengharap pada KEAJAIBAN Allah..
naien tak nak REPEAT..
tolong naien Ya Allah..

time table examination semester 4


NO.COURSE CODE   SUBJECTDATE TIME VENUE
1BMHA4003
  STAFFING
27 Feb 20122.30PM-5.30PM  PKK
2BMHP4003
  PERFORMANCE MANAGEMENT
01 Mar 20122.30PM-5.30PM  PKK
3BIMA1102
  AQIDAH & AKHLAQ
01 Mar 20129.00AM-12.00PM  PKK
4BMFM4103
  FINANCIAL MANAGEMENT
12 Mar 20122.30PM-5.30PM  DPU
5BMHD4003
  ORGANIZATIONAL CHANGE AND DEVELOPMENT
12 Mar 20129.00AM-12.00PM  PKK



dasyat kan???
2 paper dalam 1 hari...
memang sakit & menakutkan.. tapi naien cuba, usaha & tawakal..
harapan??
harapan setinnggi gunung...
nak 3.75 until 4.00 jer pointer semester ni.. harap sangat-sangat..
tapi rezeki dari ALLAH naien tak tahu..
insyallah...

Thursday, January 5, 2012

Tanda-Tanda Hati Yang Mati


Diantara TANDA-TANDA HATI yang MATI :-


1. "Tarkush sholah" - Berani meninggalkan sholat fardhu

2. "Adzdzanbu bil farhi" - Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar (QS 7:3)

3. "Karhul Qur'an" - Tidak mahu membaca bahkan menjauhi ayat-ayat Al Qur'an

4. "Hubbul ma'asyi" - Terus menerus melakukan maksiat

5. "Asikhru" - Sibuknya hanya mempergunjing (mengumpat) & buruk sangka & merasa dirinya selalu lebih suci

6. "Ghodbul ulamai" - Sangat benci dengan nasihat baik & sangat benci dengan ulama

7. "Qolbul hajari" - Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, kuburan & akhirat

8. "Himmatuhul buthnu" - Gilanya pada dunia tanpa peduli halal haram, yang penting kaya

9. "Anaaniyyun" - Sama sekali merasa bodoh keadaan orang lain, saudara bahkan boleh jadi keluarganya sekalipun menderita

10. "Al intiqoom" - Pendendam hebat

11. "Albukhlu" - sangat pelit (sangat sukar untuk bersedekah)

12. "Ghodhbaanun" - cepat marah kerana keangkuhan & dengki. 



"Semoga ALLAH selalu menghiasi hati kita dgn keindahan, kekuatan & kenikmatan iman... Aamiin".

Wednesday, January 4, 2012

DOA

Adab-adab dalam berdoa

1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kotoran, hadas dan najis.

2. Memulakan doa dengan membaca 'Bismillah' dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Nabi Muhammad.

3. Mengadap ke Kiblat.

4. Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum berdoa.

5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.

6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas serta merendahkan diri.

7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk mereka-mereka yang lain.

8. Berdoa dan mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.

9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian ataupun pekerjaan.

10. Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara seluruhnya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


Doa yang cepat diperkenankan oleh Allah

1. Doa dari para Malaikat.

2. Doa dari para nabi dan rasul.

3. Doa dari raja, pemerintah atau pemimpin yang adil.

4. Doa dari orang yang soleh dan bertaqwa.

5. Doa kedua ibu bapa ke atas anak-anaknya.

6. Doa dari anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

7. Doa dari orang yang dizalimi atau dianiaya.

8. Doa dari orang yang berpuasa.

9. Doa dari orang tua dan kanak-kanak.

10. Doa dari orang yang sakit dan berada dalam kesusahan.

11. Doa dari orang yang keluar bermusafir pada perkara yang diharuskan oleh syara'.


sebab-sebab doa tidak diperkenankan oleh Allah

1. Kita mengaku mengenali Allah tetapi tidak pernah menunaikan akan hak-hakNya dengan melaksanakan segala surahan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.

2. Kita mengakui menyintai Rasulullah tetapi tidak pernah sekali pun mengikuti sunnahnya.

3. Kita mengakui bahawasyaitan itu adalah musuh yang paling ketat tetapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.

4. Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungnya.

5. Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan maksiat dan dosa.

6. Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama kita tetapi tidak pernah melihat kepada keaiban sendiri.

7. Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allah beri tetapi tidak pernah sekalipun mahu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya.

8. Kita mengiringi dan mengebumikan jeazah di perkuburan tetapi tidak pernah mahu mengambil iktibar dari kematian itu.

9. Kita tahu dan yakin bahawa kematian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.

10. Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-orang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.

Tuesday, January 3, 2012

MENGAPA DOA TIDAK DIMAKBUL??

Salam readers!!!

Sebagai renungan bersama ^_^


Selalunya Allah SWT akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Allah SWT. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:
  • Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Allah SWT.
  • Ada dinding yang membataskan kita dengan Allah SWT seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Allah SWT berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.
  • Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.
  • Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.
Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:
  1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
  2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah – setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.

Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan; doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu’ dan tawadhu’) sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah.

Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi’iin, para wali dan orang soleh lainnya.
Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa. Di antara adab-adab berdoa ialah:

  • Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
  • Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.
  • Berdoa dengan menghadap kiblat.
  • Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.
  • Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.
  • Berdoa dalam keadaan khusyu’ dan tawadhu’ dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.
  • Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.
  • Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.
  • Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.
  • Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.

Monday, January 2, 2012

4 KEBIASAAN BURUK Manusia Saat GUGUP



PRESENTATION??
Gabra, cemas, takut, kelam-kabut, GUGUP and macam-macam lagi perasaan NEGATIF yang korang rasa time nak presentation kan?? Tak kira la nak present apa pun.. BETUL TAK?
Gugup bukan sahaja berlaku di alam persekolahan, pengajian di universiti tetapi terjadi juga di alam pekerjaan dan di mana sahaja anda berada..
Setiap orang pasti pernah merasa gugup dan untuk menutupi rasa gugup tersebut secara tidak disedari korang telah melakukan kebiasaan buruk.
Dibawah ini adalah kebiasaan buruk yang sering dilakukan oleh orang pada saat gugup :

Menggigit kuku
Ini merupakan kebiasaan yang paling umum kerana mempengaruhi sepertiga anak-anak, 44% remaja dan 19-29% orang dewasa. Kebiasaan ini biasanya diawali dari anak-anak atau kerana mengikuti gaya orang lain.

Mengisap Ibu Jari
Kebiasaan ini biasanya dilakukan oleh bayi yang memang memiliki dorongan untuk mengisap apapun. Kebiasaan ini bisa berlanjut hingga anak usia 2-4 tahun atau bahkan mungkin sampai remaja.

Makan berlebihan
Orang yang makan terlalu banyak memiliki berbagai alasan termasuk untuk mengurangi kecemasan, frust atau kesepian. Alasan orang beralih ke makanan kerana konsumsi makanan tertentu dapat meningkatkan rasa bahagia atau membuat orang menjadi tenang.

Merokok
Kebiasaan ini bisa membuat orang kecanduan secara fisik yang membuat orang tergantung dengan nikotin. Zat tertentu menyebabkan perubahan senyawa kimia di otak yang menimbulkan perasaan tenang dan kesenangan tersendiri.


Menurut psikolog Carol Goldberg dari New York City, seperti dikutip dari Livescience , keempat-empat kebiasaan buruk di atas boleh membuat orang menjadi santai, rileks atau sedikit lebih tenang. Namun kebiasaan ini boleh memberi Impak buruk or NEGATIF bagi kesihatan. Contohnya bila korang menggigit kuku dan mengisap ibu jari, ia dapat menjadi cara untuk memasukkan berbagai macam bakteri ke dalam mulut. Makan berlebihan pula boleh menjadi sebab kenapa anda menjadi OBESITI yang menjadi faktor risiko berbagai jenis penyakit yang merbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Manakala merokok juga membawa impak negatif dalam kehidupan and kesihatan. Ini kerana rokok mengandung berbagai macam zat yang diketahui bersifat karsiogenik
Keempat-empat kebiasaan ini nampaknya memang sulit untuk dihentikan, tapi sebenarnya dengan kemahuan yang keras anda boleh mengantikan kebiasaan buruk ini dengan kebiasaan yang lebih sihat seperti menarik nafas panjang atau minum air kosong yang boleh membuat seseorang menjadi lebih tenang.

p/s: ini hanyalah perkongsian bersama yang boleh menjadi ilmu kepada anda semua..=)