Sunday, January 1, 2012

Kiamat Akan Tiba







Salam

Okeylah, pagi ini 1 January 2012 naien nak bawa anda ke tajuk lain pula iaitu 'Kiamat' atau akhir zaman yang dijanjikan Tuhan di dalam Al-Quran. Bukan tujuan naien untuk takut-takutkan anda semua, tetapi sekadar untuk mengingatkan diri naien dan anda juga. Naien dah kena sengatan assignment AKIDAH AKHLAK ni. Jadi naien terfikir nak menulis sesuatu yang boleh naien jadikan pedoman dan sempadan. Semoga apa sahaja yang kita kejar di dunia ini, kita tetap ingat bahawa bila tiba masanya nanti, kita akan bertemu dengan Akhirat.

Kalau kita duduk dan fikir-fikirkan, dan melihat sekeliling kita, mungkin rata-rata kita boleh katakan yang ramai benar tidak ambil kisah tentang kiamat. Kalau kisah, tentu ramai yang takut. Kalau takut, tentu ramai yang tak nak buat jahat, tak nak lakukan apa-apa yang akan buat Tuhan marah. Kita semua akan lakukan yang terbaik di dunia ini agar ia akan membawa kita ke syurga bila akhirat nanti. Kita tak mahu lupakan Allah swt walau sesaat pun. Bila kita tak lupa pada Tuhan, tentu payah kita nak buat benda-benda yang tak baik. Kita tak akan lupa untuk solat, tidak lakukan rasuah, tidak mengumpat dan mencaci, tidak menipu dan mencuri, tidak lakukan zina, tidak lupa untuk puasa di bulan Ramadhan dan semua kebaikan akan kita buat kerana Tuhan kita. Kita tidak berlaku zalim pada kanak-kanak dan orang tua. Kita akan tunaikan zakat dan menolong mereka yang memerlukan. Kita tidak fikirkan diri kita sahaja, tetapi kita pentingkan anak isteri, ibu bapa, kaum kerabat kita, jiran-jiran dan kawan-kawan.

Kita tak tahu bila kiamat akan tiba. Wallahua'lam , tetapi yang pasti ia akan tiba. Akhirat itu memang benar, cuma kita manusia yang sering leka dengan hal-hal dunia sampai tak mahu pun fikirkan tentang hari kiamat. Mungkin kita takut, jadi paling mudah, kita lupakan sahaja.

Kalau kita mengaku kita Islam, selain daripada mengaku bahawa Allah itu yang Maha Satu, wujudnya para Rasul dan Nabi Muhammad s.a.w. itu Rasul yang terakhir, percaya adanya malaikat-malaikat, Al-Quran itu kitab-Nya, kita juga wajib percaya pada hari Kiamat dan Qada' dan Qadar. Itulah iman kita, tanpa iman, kita mampu untuk tersesat dan hilang di jalan.

Sebagai manusia, kita tak pernah sempurna, tak mampu untuk lakukan segala-galanya seperti apa yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w., namun kita boleh lakukan yang terbaik dan kita perlu tahu bahawa Allah sentiasa membuka pintu taubat-Nya. Setiap kesalahan dan silap yang kita lakukan, pohon ampun pada-Nya. Carilah keredaan, lakukanlah dengan ikhlas. Hiduplah di dunia ini dengan kesedaran bahawa kita hanya menumpang. Tidak ada yang kekal hanya cinta kita pada Allah SWT itulah yang abadi.

Semoga kita sama-sama ingat untuk lakukan kebaikan dan jauhkan diri daripada kejahatan, semoga kita dilindungi di dunia ini dan akhirat nanti.

Naien bukan 'ustazah', bukan juga bijak dalam hal agama. Naien tahu sebagai manusia kerdil di alam ini, sudah banyak dosa yang naien lakukan dan kerana itulah naien mengingatkan diri sendiri untuk cuba lakukan apa yang naien mampu lakukan. Naien ingin mencari keredhaan Tuhan. Insya-Allah, semoga Allah SWT sentiasa buka hati kita untuk menjadi insan yang beriman. Amin ya robilalamin.

Bersedialah kita, bukan sekadar untuk kiamat, tetapi juga untuk alam barzakh. Kematian akan tiba untuk kita semua, hanya Tuhan yang tahu.

No comments:

Post a Comment