Saturday, July 30, 2011

Kata-Kata Hikmah Untuk Motivasi Diri

Larry Bielat: Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik.

Dr. Shukri Abdullah: Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting.

Ron Jenson: Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda.

Lewis Timberlane: Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa.
 
George Bernard Shaw: Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa.

Dr. Shukri Abdullah: Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental.

Dr. Shukri Abdullah: Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah.

Henry Truman: Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan.

Bidalan Cina: Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza.

Dr. Shukri Abdullah: Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda.
  
Dr. Shukri Abdullah: RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan.
 
J.P Ghetty – Billionaire: Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat).

H.W Longfellow: Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat!

Dr. Shukri Abdullah: Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh.
 
Saidina Umar Al-Khattab: Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.

Arthur Schopenauer: Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat.

Ibnu Yusuf: Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup.

Dr. Shukri Abdullah: Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik.

No comments:

Post a Comment