Monday, January 2, 2012

7 CARA menangani SIKAP Rakan Suka Pinjam Tapi MALAS Memulangkan

Pernah tak member korang meminjam barang daripada korang, tapi kalau bab nak pulangkan, memang la macam kura-kura tak pergi joging?? Punya la payah nak pulangkan.. Peminjam seolah-olah menjadikan barang yang dipinjam seperti hak milik kekal dia pula.. OVER kan?? Yang kita ni pula punya la PANAS HATI tunggu bila la dia nak pulangkan barang kita tapi kalau bab nak minta-minta ni memang serba salah la pula.. Yela.. Kita ni mesti la tahu MALU.. Orang yang pinjam tu je yang tak TAHU macam mana nak malu kan?? hehe.. Jadi kat sini naien nak bagi beberapa tips berguna untuk kalian semua.. Naien dah cuba and ALHAMDULILLAH.. naien berjaya dapatkan macam-macam barang yang member-member naien pinjam selama ni yang maybe diorang lupa nak pulangkan.. Jadi, selamat mencuba..=)

  1. Memberikan sindiran halus jika rakan anda itu sengaja buat-buat lupa untuk memulangkan barang anda.
  2. Buang rasa MALU dan SERBA SALAH untuk meminta kembali barang-barang anda yang dipinjamkan kerana ia adalah milik anda okey..
  3. Meminta bantuan rakan anda yang lain supaya sampaikan pesanan agar peminjam memulangkan kembali barang yang dipinjam..
  4. Jika anda terlalu sayangkan barang anda dan berat hati untuk DIPINJAMKAN, berilah apa sahaja alasan yang munasabah agar bakal peminjam membatalkan niatnya untuk meminjam..
  5. Jika barang yang dipinjamkan tidak dipulangkan dalam tempoh yang lama, beritahu peminjam yang anda ingin menggunakan barang tersebut secepat mungkin..
  6. Berikan tempoh berapa LAMA rakan anda boleh meminjam barang anda semasa memberi barang yang hendak dipinjam.
  7. Beritahu dengan baik kepada rakan anda supaya memulangkan semula barang yang dipinjam itu setelah digunakan.
p/s: kepada watak PEMINJAM, tolong la faham isi hati watak TUKANG BAGI PINJAM..=)

No comments:

Post a Comment