Saturday, December 31, 2011

Sakit itu Anugerah dan bukanlah Hukuman


Naien sendiri tidak tahu dan malas mahu mengira berapa kali naien jatuh sakit tahun lepas, tahun ini dan mungkin pada masa-masa akan datang. Tapi naien selalu jatuh sakit. Batuk, demam, selsema dan macam-macam lagi. Seolah-olah naien mesti melaluinya berpuluh-puluh kali dalam setahun untuk menempuhi tahun seterusnya.
Kadang-kadang tu naien selalu sakit dada, hati, jantung and perut. Sampai kawan baik naien si Dayah tu pernah cakap "asyik sakit jer kau ni kenapa???".. naien pun xtau la.. Naien pernah terfikir kenapa naien yang sakit? Kenapa tak manusia lain.. Jadi naien memang rajin sikit la buat beberapa rujukan tentang sakit ni sebenarnya. Just untuk naien jadikan rujukan peribadi naien.
Lagipun naien ada kenal seorang "hamba Allah" yang naien sangat sayang ni mengidap penyakit gegaran otak. Jadi naien selalu nak tahu tentang sesuatu sakit tu.
Kalau berbicara tentang sakit atau bertemu dengan seseorang yang kononnya arif fasal sakit, naien akan bertemu dengan seseorang yang bercakap fasal isu terkena buatan orang, terkena sihir dan sebagainya. Ya memang tak dinafikan dalam hidup manusia, kita sentiasa terdedah dengan penyakit..dan kebanyakannya penyakit itu datangnya dari unsur-unsur jin dan syaitan. Tapi sungguh naien bosan dihadapkan dengan benda yang sama begini. Entah mengapa naien lebih suka percaya bahawa ALLAH memberi sakit ini pada naien sebab dia masih mengasihi naien yang banyak berdosa padanya. Kerana sakit itu adalah cara Allah menghapuskan dosa-dosa kecil kita padaNYA. Lalu mengapa sakit itu dirintih sedangkan ia adalah anugerah sebenarnya dan bukannya hukuman.Kan?
Jadi boleh la kita renung-renungkan dan selamat beramal..=)




p/s: abang... jangan takut akan sakit abang tu.. Ain yakin abang boleh pulih.. Ain doakan abang.. Sakit yang abang dapat tu tanda Allah sayangkan abang.. Sebab tu dia bagi abang anugerah itu.. Yakin dengan janjiNYA bang..=)

No comments:

Post a Comment