Monday, July 2, 2012

Masterchef Selebriti Malaysia: Siapa bakal Juara?

Naien memang peminat setia Masterchef tak kira la Masterchef USA ke,Australia ke, Junior Australia ke,
Selepas doktor gigi menang Masterchef 1,Astro sekali lagi membawakan Masterchef tapi untuk Selebriti.

MasterChef SELEBRITI Malaysia

Ketika artikel ini ditulis,peserta selebriti telah pun tinggal 6 orang selepas Tomok tersingkir minggu ini.
Kalau lihat peserta yang tinggal,memang nampak pertandingan memasak ni semakin sengit.
So,apa kata kita kelebihan para selebriti yang masih berada dalam MasterChef Selebriti.



Dato' Fazley memang suka memasak.Sebab tu, dia mempunyai pengetahuan yang agak banyak tentang memasak dan makanan. Tambahan pula,dia kan pakar motivasi jadi ilmunya itu boleh diguna pakai untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan peserta lain. hehe.. Jwapan Dato Fadzely di belakang tabir bila kena complaint dgn judge memang kelakar.Ada sekali chef Zubir kata - kacang ni pahit sikit, dato' jawab -saya rasa tak pahit pun.HAHA

Calon favourite yang dijangka dalam TOP 2:



Cikgu Vokal ini dikagumi oleh selebriti yang lain sebab pakar masakan.Apatah lagi,dia memang ada keluarkan buku masakan.Namun,kehebatan memasak setanding personalitinya yang"agak cerewet" di dapur.Dia sering mengundang rasa tak puas hati di kalangan selebriti yang lain. Pernah mencetuskan pertengkaran dengan Raja Azmi sebelum ini pada cabaran sajian luar. Bak kata Karl Juliza macam mak-mak- sering membebel dan ingin ideanya dituruti.



Awek Cun di dapur. Pemenang Miss World Malaysia yang juga peminat kek ini pun boleh tahan. Di Dapur Masterchef dia Pakar buat desert..Sebab tu kalau tgk setiap episode,dia pasti akan menjadi chef dessert.Ada potensi menang sebab juri selalu suka masakan dia.



Angah.Penghibur di dapur Masterchef..Masakan dia pun boleh tahan. Kelebihan dia di dapur Masterchef tak berapa nampak sangat tapi dia mampu membuat kejutan setiap kali di dapur.



Farouk..Tak tahula sejak bila "perang" bermula antara dia dan Azwan. Namun kalau digadingkan pasti ada drama antara mereka. Namun perang sering menyatukan mereka.Selalu dipilih dalam satu kumpulan yang sama.haha.Agak hebat jugak kalau memasak.



Tak suka betul Azwan dalam gambar ni :(.
Nasib baik di dapur masterchef dia dah potong rambut.Musuh ketat Farouk di dapur..Walaupun mulutnya bising,namun dia seorang yang dengar kata(bak kata Dato Fazley). Kelemahannya Azwan ialah suka buat hidangannya penuh pinggan yang tak berapa disukai juri. Yang peliknya, kalau dia salah buat ikut resipi sedap pulak dan dipuji oleh Juri. Azwan ni memang kecoh kalau kat dapur tetapi sentiasa menjaga kebersihan.

Nak tahu siapa menang Masterchef Selebriti? Saksikan di Astro Ria, Sabtu- Selasa 9 MALAM.

No comments:

Post a Comment