Saturday, July 30, 2011

Bila Masalah Datang

RELAKS!!!
Jika masalah datang pada anda, apa yang anda akan lakukan?
Walau apapun jawapannya, yang pasti lain individu lain tindakan dan reaksinya terhadap masalah yang mendatang. Sebagai manusia biasa, kita tidak akan sunyi daripada menerima ujian masalah. Kadang-kadang masalah itu datang dalam bentuk yang kecil dan ada waktunya ia datang dengan beban yang besar. Masalah besar ini pula selalu buat kita terduduk dan putus harapan.
Bagi mereka yang lemah semangat, masalah besar inilah yang selalu membuatkan diri jadi putus asa dan hilang kepercayaan diri. Sebenarnya masalah itu adalah satu kemestian untuk setiap mereka yang bergelar manusia. Ini kerana tanpa masalah seseorang itu tidak akan belajar apa-apa dalam hidup ini. Kerana masalah itulah yang membuatkan seseorang itu menjadi matang dan teguh dalam menjalani kehidupan ini.
Kata orang masalah itu selalu membuatkan seseorang itu pening kepala. Tapi sebenarnya pening itu adalah tanda adanya peninggkatan dalam diri. Memang bukan mudah berdepan dengan masalah dan cabaran hidup ini tetapi bukan juga susah untuk mencari jalan keluar dari apa-apa pun masalah yang datang.
Pendek kata tidak ada masalah di dunia ini yang tiada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, apabila masalah itu datang jangan lari tetapi hadapilah masalah itu dengan penuh keberanian dan kebijaksanaan.

No comments:

Post a Comment