Saturday, December 31, 2011

Kembangkan Potensi, Menulis Dengan Hati


Sejauh mana kita suka menulis? Se-GILA manakah idea kita yang ada di dalam kepala? Cuba tanya diri sendiri soalan itu. Juga tanyakan apakah kita mampu menulis lebih jauh dari jangkauan kita sendiri? Atau menulis sesuatu yang lebih sensitif yang mungkin akan dikritik seseorang. Jika jawapannya adalah YA.. maka potensi seseorang penulis akan lebih menyerlah. Jika tidak, jadikah kita penulis di takuk lama. Mana yang lebih baik sebenarnya? Menulis kerana pembaca mahukan kisah sebegitu? Atau pembaca yang mahukan penulis, tak kisahlah apa pun yang ditulisnya.

Hati naien teringin mahu jadi penulis kategori kedua. Tapi mampukah diri membuatkan pembaca mencari buku-buku naien pada masa akan datang? Naien teringin menulis tentang dunia di luar sedar, menulis tentang masa depan yang lebih panjang, serta menulis tentang erti sebenar pencintaan dan kekeluargaan. Teringin juga menulis tentang pontianak, menulis tentang alien, menulis tentang kemusnahan bumi.. tanpa perlu berfikir apakah idea-idea naien ini terlalu melampau untuk dibaca orang?
Naien sebenarnya teringin untuk menjadi seorang penulis buku. Itu memang sudah menjadi impian naien. Jadi naien selalu berlatih menulis untuk persediaan naien pada masa akan datang. Naien kan peminat TEGAR novel-novel sedunia. Jadi secara AUTOMATIK nye naien memang selalu berangan untuk menjadi penulis terbaik SATU hari nanti. Dimana karya-karya naien akan menjadi rebutan orang ramai dan dikenang-kenang setiap saat, minit dan jam..=)

Tapi bagi naien, jika ingin menjadi seorang penulis yang berjaya, naien mesti ada misi dan visi ke arah itu. Jadi naien mesti bermula berlatih menulis START daripada sekarang la. Dimana naien perlu menyiapkan segala ASSIGNMENT sepanjang pengajian naien ni. Tapi kadang-kadang tu naien keluh kesah bila kadangkala penyakit malas naien menyerang. Dan bila ia datang, sudah pasti bahana yang akan menjelma. Banyak ASSIGNMENT akan tertangguh dan banyak DATELINE akan terkejar-kejar. Tapi seorang insan yang paling naien sayang (MY AYAH) memberitahu, jangan menulis kerana kuantiti, tapi menulislah dengan kualiti. Jangan menanti cepat atau lambat sesuatu yang kita tulis, karang atau jelaskan itu, tapi nantilah dengan kesabaran asalkan ia menjadi karya atau hasil yang cukup bererti. Rasanya naien terlalu fobia, sedangkan kata-katanya benar belaka.  I love you dad...=)

Darinya juga, naien mendapat ajaran yang berguna. Untuk menjadi seseorang yang kerja tangannya diingati, dihargai dan dicontohi maka menulislah dengan HATI..kerana HATI itu memberi NADI pada sesuatu karya.. Jadi naien mohon doakan lah kejayaan naien di masa akan datang. Jika ada rezeki naien, naien juga ingin menghasilkan sesuatu yang amat bermakna untuk diri naien dan semua makhluk di muka bumi ALLAH ini.

p/s: sharing this for all of you guys.. (+_+)

No comments:

Post a Comment